Statistik kerjaya Lee Chong Wei

Ini adalah senarai statistik kerjaya utama pemain badminton profesional Malaysia, Lee Chong Wei. Sehingga kini, Lee telah memenangi sejumlah enam puluh sembilan gelaran perseorangan lelaki BWF termasuk rekod sejumlah 42 Kejohanan BWF Super Series perseorangan lelaki, dan rekod sejumlah 4 Kejohanan BWF Super Series Finals. Beliau adalah pemain perseorangan lelaki pertama yang memenangi setiap gelaran Kejohanan BWF Super Series Premier. Lee juga merupakan pemenang Pingat Perak tiga kali ganda dalam acara perseorangan lelaki, setelah mara ke final di Olimpik Beijing 2008, Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016. Beliau juga merupakan pemenang Pingat Perak empat kali ganda di Kejohanan Dunia BWF. Namun, beliau dilucutkan pencapaiannya sebagai naib juara di Kejohanan Dunia BWF 2014 kerana pelanggaran doping. Berikutan itu, beliau menjalani penggantungan selama 8 bulan dari pertandingan antarabangsa.

Rujukan

WikiPedia: Statistik kerjaya Lee Chong Wei http://www.chinadaily.com.cn/a/201906/15/WS5d043be... http://www.chinadaily.com.cn/sports/2006-12/01/con... http://www.chinadaily.com.cn/sports/2013-08/12/con... http://sports.sina.com.cn/o/2014-03-24/07007081449... http://www.badminton-information.com/all-malaysian... http://www.badmintonplanet.com/badminton-news/1144... http://websites.sportstg.com/assoc_page.cgi?client... http://m2006.thecgf.com/Sports+and+Venues/Badminto... http://tournamentsoftware.com/find.aspx?a=8&oid=20... http://bwf.tournamentsoftware.com/player-profile/2...